resepi ayam mudah

Resepi Tortilla Wrap Ayam Panggang Sedap

Resepi Tortilla Wrap Ayam Panggang – Hai korang semua berjumpa kembali bersama kami admin resepi ayam mudah yang senantisa berkongsi pelbagai macam jenis resepi ayam mudah dan resepi ayam sedao terkini. Kali ni nak kami admin resepi ayam mudah nak kongsikan resepi tortilla wrap ayam panggang sedap. Siapa yang tak tahu dengan resepi ayam tortilla wrap ayam sedap ni, pasti anda dah tahu dengan makanan yang satu ni kan ? Tortilla wrap ayam panggang ni punya rasa yang mat lazat dan sedap jadi tak hairan bila resepi tortilla wrap ayam panggang sedap ni menjadi kegemaran di khalayak ramai Malaysia. Tortilla wrap ayam panggang ni sangat digemari oleh para remaja-remaja kerana makanan yang satu ni sangat cocok tuk dibuat cemilan.

Tortilla Wrap Ayam

Tortilla Wrap Ayam

Resepi Tortilla Wrap Ayam Panggang Sedap sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi atau makan malam. Jika anda tercari makanan yang simple dan mudah juga tidak terlalu ‘berat’ untuk dimakan,sila cuba resipi ni. Memang sedap dan tak susah pun untuk disediakan. Memang makanan kegemaran masyarakat ramai di Malaysia. Bagi awak yang sudah tak sabar lagi dengan resepi tortilla wrap ayam panggang sedap ni ayuk tengok resepi tortilla wrap ayam panggang dibawah ni. Kami dah kongsikan resepi tortilla wrap ayam panggang sedap dibawah ni jadi tak usah pusing-pusing tuk cari resepi ni di google lagi. Sila rujuk resepi tortilla wrap ayam panggang.

Resepi Tortilla Wrap Ayam Panggang Sedap

Bahan-Bahan Yang Digunakan :

Bahan untuk wrap:
  • 6 keping roti tortila
  • Mayonis
Bahan untuk ayam panggang:
  • 2 keping ayam bahagian dada
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam, kisar kasar
  • 1 biji bawang putih, parut halus menjadi pes
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 2 sudu besar minyak zaitun
Bahan untuk salad:
  • Kubis ungu, hiris sederhana nipis
  • Daun salad, hiris sederhana kecil
  • Ceri tomato, dibelah dua
  • Karot, diparut kasar
  • 1/2 batang timun (saya gunalan timun jepun)
Bahan untuk kuah salad:
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • 3 besar madu
  • 3 sudu besar perahan jus lemon
  • Secubit garam
  • Sedikit serbuk kasar lada hitam

Cara Penyediaan Resepi Tortilla Wrap Ayam Panggang :

Cara-cara untuk ayam panggang:
  1. Belah dua dada ayam dan buka lebar, tapi pastikan tidak terputus dua.
  2. Perap ayam bersama lada hitam, bawang putih, garam dan minyak zaitun selama minimum 1/2 jam.
  3. Panggang dengan sedikit minyak di atas kuali non-stick pada kedua belah bahagian ayam sehingga masak.
  4. Angkat dan rehatkan selama 10 minit kemudian hiris nipis.
Cara-cara untuk salad:
  1. Gaulkan semua daun salad bersama sayuran lain dan ketepikan.
  2. Dalam botol kecil, masukkan semua bahan untuk kuah salad dan goncangkan selama beberapa minit sehingga betul-betul sebati. Gaulkan kuah salad bersama bahan salad. Tuang sedikit dahulu, jika kering tambahkan sedikit demi sedikit.
Cara untuk balutan salad (tortila wrap):
  1. Panaskan roti tortila di atas non-stick pan dalam 2-3 minit setiap sebelah bahagian.
  2. Sudukan salad ke atas tortila dan susun memanjang. Letakkan ayam dan mayonis, kemudian balut atau guling dengan kemas. Sedia untuk dihidang.

Notes :

  • Rendam dulu semua sayuran dan salad di dalam air ais selama 15-20 minit sebelum dikeringkan air menggunakan tisu dapur atau salad spinner (salad spinner adalah yang terbaik). Ini adalah untuk mendapatkan salad yang segar dan rangup.

Baca Juga : Resepi Bergedil Ayam Sedap !

Bagaimana mudah bukan resepi tortilla wrap ayam panggang diatas tadi ? Sudah tentu mudah kan kerana kami kongsikan resepi tortilla wrap ayam panggang ni step by step tuk memudahkan anda memahami resepi ni. Jika anda dah pandai buat resepi tortilla wrap ayam panggang diatas jangan lupa kongsikan pada kawan-kawan anda atau sanak sodara anda semua. Selamat Mencuba !

Resepi Tortilla Wrap Ayam Panggang Sedap | maup | 4.5