resepi ayam mudah

Resepi Rendang Ayam Sedap !

Resipi Rendang Ayam – Hai Korang Semua ! Berjumpa kembali bersama kami admin resepi ayam mudah yang senantisa berkongsi pelbagai macam jenis resepi ayam mulai dari resepi ayam termudah hingga resepi ayam sedap terkini dan sulit. Nah, kali ni kami nak kongsikan resepi ayam lagi, kali ni kami nak kongsikan resepi ayam hasil eksperimen kami, ialah resepi rendang ayam sedap. Biasanya rendang ni guna daging kambing tapi kali ni kami cuba gunakan daging ayam dan hasilnya pun sangat lazat dan sedap. Jadi itu lah alasan kami kongsikan resepi rendang ayam ni kepada kawan-kawan semua.

Resepi Rendang Ayam sedap dimakan bersama nasi lemak untuk sarapan pagi. Di sebelah utara atau juga di sesetengah kawasan lain, rendang ayam juga dimakan bersama pulut kuning, iaitu pulut yang dikukus dan digaulkan bersama santan. Memang sedap, bagi sesiapa yang belum pernah makan pulut kuning bersama rendang, harus mencuba. Ada beberapa cara untuk memasak rendang, cara yang pertama menggunakan kaedah tumis bahan kisar di dalam minyak dan cara yg kedua pula tidak menggunakan minyak tetapi dimasak dia dalam santan yang pekat sehingga pecah minyak. Resepi di bawah adalah menggunakan kaedah yang pertama.

Rendang Ayam Sedap

Rendang Ayam Sedap

Bagi anda yang sudah mulai tertanya-tanya dengan resepi rendang ayam sedap ni tak perlu pusing-pusing cari digoogle lagi kerana kami dah sediakan resepi rendang ayam dibawah ni. Sudah jangan buang-buang masa lagi, Sila rujuk resepi rendang ayam sedap ni.

Resepi Rendang Ayam Sedap

Bahan-Bahan:

Bahan untuk di kisar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 biji bawang besar
  • 2 cm kunyit hidip
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai, hiris nipis
  • 10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebus
Bahan-bahan berkaitan lain
  • 1 kg ayam, potong ikut selera anda
  • 3 sudu besar kerisik
  • 2 senduk minyak, untuk menumis
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 2 helai daun kunyit, di carik atau hiris kasar
  • 2 keping asam keping
  • 2 sudu besar sos tiram

Cara Penyediaan:

Cara untuk memasak:
  1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit, kemudian goreng ayam separuh masak. Angkat dari kuali dan asingkan.
  2. Dalam kuali berasingan panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Pastikan bahan kisar betul-betul masak dan pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, serai dan sos tiram. Gaul rata dan biarkan masak seketika.
  4. Masukkan kerisik dan santan cair. Masak sehingga kuah mendidih dan ayam menjadi empuk. Kemudian masukkan pula santan pekat, asam keping dan daun kunyit.
  5. Pada ketika ini, kuah perlu kerap dikacau supaya santan tidak pecah minyak dan kuah menjadi pekat sekata. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika kuah sudah cukup rasa masam, boleh diangkat keluar asam keping dari kuah.

Notes :

  • Jika anda rasa minyak terlalu banyak tidak mengapa, kerana minyak yang banyak memudahkan proses untuk memasak bahan kisar. Minyak boleh dibuang sedikit apabila kuah rendang sudah dimasak.

Baca Juga : Resepi Ayam Goreng Rangup Bersos Lemon !

Sekian resepi yang kami kongsikan kali ni semoga dengan kami kongsikan resepi yang satu ni anda boleh membuat resepi rendang ayam sedap ni. Bagi anda yang sudah pandai buat resipi rendang ayam jangan lupa kongsikan pada kawan-kawan anda semua. Selamat Mencuba !

Resepi Rendang Ayam Sedap ! | maup | 4.5