resepi ayam mudah

Resepi Butter Chicken Berempah Paling Sedap !!

Resepi Butter Chicken Berempah – Assalamu’alaikum dan salam sejahtera, berjumpa kembali bersama kami admin resepi ayam mudah dan resepi ayam sedap yang senantisa berkongsi pelbagai macam jenis resepi ayam mulai dari resepi ayam tersedap dan resepi ayam mudah. Pada masa ni kami nak kongsikan resepi butter chickcen berempah paling sedap. Kenapa paling sedap ? kerana kami nak kongsikan semua resepi ayam yang paling sedap semua untuk anda semua. Kali ni anda wajib mencuba resepi butter chicken berempah paling sedap ni. Kerana kalau anda tak mencubanya anda sangat rugi kerana rasa yang dimiliki resepi butter chicken berempah ni sedap.

Butter Chicken

Butter Chicken

idea datang ketika kami makan butter chicken di sebuah restoran dan bila balik teringin nak masak menu yang sama. Kuahnya rasa lemak butter tetapi tidak muak kerana ada banyak rempah dan cili. Ayam diperap beberapa jam dan kemudian dibakar atau digoreng di atas kuali dan satukan bersama kuahnya. Masakan ni berasal dari Delhi, India dan sangat popular di negara barat terutamanya di UK. Sangat seimbang dari segi rasa dan cukup sedap.

Resepi Butter Chicken Berempah Sedap

Bahan-Bahan:

  • 400 gram isi ayam, bahagian dada
  • 1 sudu besar plain yoghurt
  • 1 sudu kecil rempah garam masala
  • 2 sudu kecil serbuk cili
  • sedikit garam
  • 3 sudu besar butter
  • setangkai daun kari
  • 1/2 cawan susu cair
  • segenggam gajus, tumbuk dan bancuh dengan air menjadi pekat
Bahan tumbuk halus:
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan ayam, potong dadu dan gaulkan bersama plain yoghurt, rempah garam masala, serbuk cili, dan bahan tumbuk halus. Perap selama sejam. Boleh juga diperap semalaman. Lagi lama di perap lagi sedap.
  2. Panaskan butter dalam kuali, goreng daun kari sehingga garing dan angkat.
  3. Goreng pula perapan ayam di dalam minyak butter tadi. Jangan terlalu cepat untuk membalikkan ayam kerana nanti ayam susah nak masak di bahagian luar.
  4. Masukkan pula susu cair dan pes bancuhan pekat gajus.
  5. Masukkan garam secukup rasa dan masak sehingga kuah mendidih. Tambahkan sedikit air jika kukah terlalu pekat.
  6. Taburkan dengan daun kari tadi, dan hidang.

Tips

  • Rempah garam masala boleh didapati di kebanyakan pasaraya besar. Boleh juga buat sendiri dengan mengadunkan rempahnya dan kisar kering.

Demikian resepi butter chicken berempah.

Resepi Butter Chicken Berempah Paling Sedap !! | maup | 4.5