resepi ayam mudah

Resepi Ayam Teriyaki Sedap !

Resepi Ayam Teriyaki – Hai korang semua ! Berjumpa kembali bersama kami admin resepi ayam mudah yang senantisa berkongsi resepi ayam mudah dan pelabagi macam jenis resepi ayam sedap terkini. Kali ni kami nak kongsikan resepi ayam lagi, yang nak kami kongsikan kali ni adalah resepi ayam teriyaki sedap atau resepi ayam teriyaki mudah. Ayam teriyaki sudah tak asing lagi diteling kita dan dimulut kita kerana pada kfc pun ada ayam teriyaki pasti anda semua dah pernah makan ayam teriyaki ni bukan ? Yah, resepi ayam teriyaki ni memang sangat lah lazat dan sangat sedap. Hal ni dikeranakan pada sos teriyakinya yang sedap dan lazat

Ayam Teriyaki Sedap

Ayam Teriyaki Sedap

Resepi Ayam Teriyaki yang berasal dari pengaruh masakan Jepun, sangat sedap dan mudah disediakan. Teriyaki membawa maksud dari dua gabungan perkataan iaitu ‘Teri’ bermaksud kilatan dari proses karamel gula dalam sos perapan, ‘Yaki’ pula bermaksud cara memasak dengan memanggang atau menggoreng.

Masakan ini biasanya dihidangkan dengan nasi putih sahaja dan tidak digalakkan dimakan bersama gabungan lauk yang lain. Resepi Teriyaki yang asal terdiri daripada gabungan sos soya dan sake (sejenis wine Jepun dari beras) ataupun mirin. Oleh kerana masakan ini adalah versi halal, Che Nom gantikan sake atau mirin dengan cuka makan (white vinegar) dan boleh juga dicampurkan sekali dengan jus lemon atau jus limau. Anda harus cuba resepi ini.

Resepi Ayam Teriyaki Sedap dan Mudah

Bahan-Bahan Yang Digunakan :

  1. 2 keping dada ayam
  2. 1/4 cawan kicap soya cair
  3. 2 sudu besar cuka makan
  4. 1 sudu besar parutan halus halia
  5. 2 sudu besar minyak bijan
  6. 1 sudu besar gula perang atau gula putih
  7. sedikit minyak masak
  8. bijan
  9. daun bawang
  10. cili merah, jika suka

Cara Membuat Resepi Ayam Teriyaki Mudah:

  1. Bersihkan dada ayam, hiris memanjang setebal anggaran 1/2cm.
  2. Dalam mangkuk, gaulkan dada ayam bersama kicap soya cair, cuka makan, parutan halia, minyak bijan dan gula. Perap selama 15 minit.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Angkat dada ayam dan susun di dalam kuali. Ketepikan sos perapan kerana akan dimasak kemudian.
  4. Biarkan ayam masak sebelah bawah dengan sedikit tanda grill, kemudian alihkan. Angkat setelah ayam masak.
  5. Dalam kuali yang sama, masak sos perapan sehingga mendidih dan sedikit pekat. Tambah sedikit air jika kuah terlalu kering. Tuang sos ke atas ayam tadi.
  6. Taburkan bersama bijan yang disangai, daun bawang dan cili. Hidang bersama nasi putih panas.

Tips

  • Jangan masak ayam terlalu lama kerana isi ayam akan menjadi keras dan kurang berjus.

 

Resepi Ayam Teriyaki Sedap ! | maup | 4.5