resepi ayam mudah

Resepi Ayam Nandos Mudah

Resepi Ayam Nandos – Assalamu’alaikum dan salam sejahtera semua. Kami admin resepi ayam mudah yang senantiasa berkongsi pelbagai macam jenis resepi ayam mudah dan resepi ayam terkini. Berkaitan masih tahun baru kami akan mencuba berkongsi resepi ayam mudah kembali, resepi ayam yang akan kami kongsikan pada anda adalah resepi ayam nandos peri-peri atau resipi ayam nandos. Siapa yang tahu dengan resepi ayam buatan outlet “Nandos” ni ? Pasti anda semua dah tahu dengan rasa yang dimiliki Resepi ayam panggan nandos ni bukan ? Kerana ayam panggang nandos ni sudah sangat terkenal jadi rasanya pun sudah tak perlu ditanyakan kembali pastinya rasa yang dimilikinya sangat lah lezat dan sedap. Resepi ayam nandos peri-peri ni selain terkenal juga mempunyai rasa yang sangat lezat jadi tak hairanlah bila resepi ayam nandos ni sangat digemari dikhalayak ramai masyarakat Malaysia.

Ayam Nandos

Ayam Nandos

Resepi ayam nandos peri-peri ni sangat lah mudah tuk dibuatnya. Hal itu juga yang menyebabkan ayam panggang buatan nandos ni digemari dan dicari-cari resepinya. Resepi ayam nandos ni sangat mudah lah tuk dibuatnya kerana tidak membutuhkan bahan-bahan yang terlalu banyak dan amat mudah dicarinya. Ayam nandos peri peri ni adalah salah satu resepi asal portuguese. Tuk anda yang sudah mulai tertanya-tanya dengan resepi ayam nandos mudah ni tak perlu payah-payah mencarinya lagi kerana kami telah menyediakan resepi ayam nandos peri-peri dibawah ni. Jangan buang-buang masa lagi sila rujuk resepi ayam panggang nandos peri-peri mudah ni.

Resepi Ayam Panggang Nandos Mudah

Bahan-Bahan Ayam Panggang Nandos :

  1. 4 sudu besar cuka
  2. 1 sudu besar oregano
  3. 1 ekor ayam (dikembang kupu-kupu)
  4. 1/2 cawan minyak sayuran (boleh juga guna minyak zaitun)
  5. 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  6. 1 biji lemon (diperah jusnya)
  7. 5 ulas bawang putih
  8. 1/2 sudu kecil serbuk cili
  9. 1 biji capsicum merah
  10. 2 sudu kecil garam
  11. 1/4 sudu kecil pewarna merah
  12. 6 biji cili padi (kurangkan sekiranya nak kurang pedas)
  13. 2 sudu besar paprika

Cara Membuat Ayam Bakar Nandos :

  1. Ayam dikembang kupu-kupu. Ketepikan.
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali ayam) ke dalam blender dan proses sehingga sebati. Sos ini akan digunakan untuk memerap ayam. Ia juga boleh dimasak dengan sedikit air sehingga agak pekat dan digunakan untuk mencicah semasa menikmatai ayam nanti. Boleh juga dibuat kuantiti yang lebih besar dan simpan di dalam peti sejuk. Sebaik-baiknya sos ini dibuat awal sehari sebelum digunakan untuk memerap kerana rasanya akan lebih sedap lagi.
  3. Langkah ini boleh diabaikan tetapi kalau buat akan bertambah sedap, moist dan lembut ayamnya. Masukkan 2 sudu kecil garam, 1 sudu kecil gula, 1/2 cawan cuka, jus sebiji lemon, sesikit daun ketumbar dan sedikit daun pasli ke dalam bekas yang muat seekor ayam. Masukkan air sejuk. Kacau sebati. Masukkan ayam, biarkan tenggelam. Tutup dan sejukkan 1 ke 4 jam. Selepas itu keluarkan, bilaskan dengan air dan bolehlah diperap dengan bahap perapan.
  4. Lumurkan sos perapan ke seluruh permukaan ayam, juga di celahan-celahan. Tutup dan sejukkan semalaman.
  5. Preheat oven ke 170ºC
  6. Masukkan ayam ke dulang yang telah digris. Bakar selama 20 minit. Terbalikkan ayam pada minit ke 10.
  7. Setelah 20 minit, kurangkan suhu ke 120ºC. Terbalikkan ayam, sapu sedikit sos pada ayam dan bakar lagi lebih kurang 15 ke 20 minit. Sapukan sos sekali lagi pada minit ke 10.
  8. Untuk mendapatkan efek BBQ, gunakan fungsi broil pada oven dan bakar lebih kurang 5 minit untuk setiap belah. Sekiranya tiada fungsi broil, alihkan ayam ke rak paling atas, gunakan api atas sahaja, setkan suhu ke 200ºC dan bakar 5 minit untuk setiap belah. Perhatikan supaya tidak sangat hitam.

Note Resepi Ayam Bakar Nandos :

Sebelum memerap bolehlah lakukan proses ini untuk membuatkan ayam bertambah sedap, moist dan lembut. Masukkan 2 sudu kecil garam, 1 sudu kecil gula, 1/2 cawan cuka, jus sebiji lemon, sesikit daun ketumbar dan sedikit daun pasli ke dalam bekas yang muat seekor ayam. Masukkan air sejuk. Kacau sebati. Masukkan ayam, biarkan tenggelam. Tutup dan sejukkan 1 ke 4 jam. Selepas itu keluarkan, bilaskan dengan air dan bolehlah diperap dengan bahap perapan.

Untuk membuat sos hidangan dan mencicah dengan ayam, tambahkan 1/2 cawan air kepada lebihan sos dan renehkan sehingga agak memekat.

Bagaimana mudah bukan resipi ayam nandos mudah diatas ? Paham ? Sudah tentu anda semua paham dan mudah tuk buat resepi ayam nandos diatas tu. Jangan lupa bila anda sudah pandai tuk buat resipi ayam nandos kongsikan pada kawan-kawan ataupun sanak sodaran anda semua. Selamat Mencuba !

Resepi Ayam Nandos Mudah | maup | 4.5