resepi ayam mudah

Resepi Ayam Masak Bali Mudah dan Sedap !

Resepi Ayam Masak Bali – Hai korang semua ! berjumpa kembali bersama kami resepi ayam mudah yang senantisa berkongsi pelbagai macam jenis resepi ayam mudah dan resepi ayam sedap terkini. Ya, kami admin resepi ayam mudah nak kongsikan resepi ayam lagi, resepi yang nak kongsikan kali ni ialah resepi ayam masak bali sedap atau resepi ayam masak bali mudah. Resepi Ayam Masak Bali yang pernah menjadi viral di Facebook, dan setelah mencuba masak Ayam Bali ni terus terang kami katakan yang rasanya sangat-sangat sedap. Bahan pun mudah sahaja dan masa penyediaan pun tidak terlalu lama.

Ayam Masak Bali

Ayam Masak Bali

Kelainan masakan ni terletak kepada bahan utama iaitu jumlah serai yang banyak dan juga daun kari yang dimasukkan semasa menumis. Aroma serai dan daun kari memang membangkitkan bau dan rasa istimewa. Bagi Che Nom, ayam masak bali ni sesuai juga dimakan bersama nasi minyak atau nasi berperisa yang lain. Untuk rasa manis pula kami gunakan gula melaka dan hasilnya memang sedap. Resepi ini ditulis untuk anggaran seekor ayam, Jika anda ingin masak cuma setengah ekor ayam, kurangkan bahan dalam anggaran separuh sahaja. Bagi anda yang sudah tak sabar dengan resepi ayam masak bali sedap dan mudah ni tak perlu cari lagi digoogle lagi kerana kami sudah menyediakannya dibawah ni.

Resepi Ayam Masak Bali Sedap

Bahan-Bahan Yang Digunakan :

 

  • 1 ekor ayam
  • serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • 8 batang serai, dititik
  • 6 tangkai daun kari
  • 1 senduk cili kisar
  • 3 sudu besar kicap manis
  • minyak masak
  • gula melaka atau gula pasir
  • sedikit air

Bahan-bahan untuk kisar halus :

  • 5 biji bawang besar
  • 10 biji bawang merah
  • 10-12 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci belacan

Cara Penyediaan:

  1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng di dalam minyak panas sehingga separuh masak.
  2. Dalam minyak yang sama (kurangkan jika terlalu banyak) anggaran 1 cawan, tumis serai dan daun kari sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan bahan kisar halus. Masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam, kicap, gula dan garam secukup rasa. Tuang sedikit air dan kacau perlahan sehingga kuah menjadi pekat. Jika kuah agak kering tambahkan lagi sedikit air.
  5. Apabila kuah sudah pekat dan pecah minyak, angkat dan hidangkan.

Notes :

  • Kami lebihkan sedikit rasa manis untuk ayam masak bali ni. Boleh sesuaikan mengikut citarasa anda.

Baca Juga : Resepi Ayam Teriyaki Sedap !

Bagaimana mudah bukan resepi ayam masak bali mudah dan sedap ? Sudah tentu mudah bukan ? kerana kami kongsikan resepi ayam masak bali sedap secara step by step sehingga memudahkan anda semua tuk memahaim resepi ayam masak bali sedap. Jangan lupa kongsikan resepi ayam masak bali ni kepada kawan-kawan anda semua supaya mereka boleh membuat resepi ayam masak bali mudah dan sedap.

 

Resepi Ayam Masak Bali Mudah dan Sedap ! | maup | 4.5