resepi ayam mudah

Resepi Ayam Kuzi Mudah dan Simple

Resepi Ayam Kuzi – Assalamu’alaikum kawan… berjumpa kembali bersama kami admin resepi ayam mudah yang senantisa berkongsi pelbagai macam jenis resepi ayam mudah, terkini, dan resepi ayam terlazat. Kali ini kami kan kongsikan resepi ayam lagi kepada awak semua, resepi ayam yang kan kami kongsikan pada awak kali ni adalah resepi ayam kuzi mudah dan simple atau resepi ayam masak kuzi. Resepi ayam masak kuzi ni sangat terkenal di sebelah Kelantan dan Terengganu. Ayam kuzi ni terkenal kerana mempunyai rasa yang sangat lazat dan membuat lidah tergoda kalau awak lihat ayam kuzi ni. Ayam kuzi ni sangat menggoda sekali jadi tak hairanlah bila resepi ayam kuzi ni juga boleh jadi resepi yang paling dicari-cari dikhalayak ramai. Resepi ayam masak kuzi ni sangat cocok bila dimakan bersama nasi minyak dan paling sesuai dihidangkan untuk tetamu pada hari perayaan tiba.

Ayam Kuzi

Ayam Kuzi

Resepi ayam kuzi ni sangat lah lezat dan cara membuatnya pun sangat lah mudah kerana tidak membutuhkan cara masak yang khusus. Resepi ayam kuzi ni mempunyai bahan-bahan yang cukup banyak jadi agak repot tuk beli bahan-bahan resepinya. Tapi tak perlu pusing-pusing kerana kami sudah menyediakan bahan-bahan resepi ayam kuzi serta resepi ayam kuzi step by step supaya awak nak buat resepi ayam kuzi ni dengan mudah. Bagi awak yang sudah tak sabar dan mulai tertanya-tanya dengan resepi ayam kuzi ni sila rujuk resepi ayam kuzi mudah dan simple ni.

Resepi Ayam Kuzi Mudah dan Simple

Bahan Untuk Diperap :

  1. sedikit garam
  2. 3 ulas bawang putih
  3. 1 ekor ayam, potong 12 bahagian

Bahan Untuk Digoreng :

  1. 250 ml minyak masak
  2. 1/2 cawan kepingan badam (almond slices)
  3. garam dan gula secukup rasa
  4. 15 ulas bawang merah, dihiris nipis
  5. hati dan pedal ayam, potong kiub
  6. 2 biji bawang besar, potong dadu
  7. 1/2 cawan kismis

Bahan Untuk Digoreng :

  1. 120 gram (1 tin kecil) tomato puri
  2. 2 batang serai, dititik
  3. 5 ulas bawang merah, ditumbuk halus
  4. 2 helai pandan, carik dan simpul
  5. 3 sudu besar rempah briyani, bancuh dengan air menjadi pes
  6. 3/4 tin susu cair
  7. 125 ml air
  8. 4 ulas bawang putih, ditumbuk halus

Cara Penyediaan Resepi Ayam Kuzi :

  1. Tumbuk bawang putih bersama garam, dan lumurkan pada ayam. Perap seketika dan ketepikan.
  2. Beralih pula kepada bahan untuk digoreng. Panaskan minyak dan goreng bawang merah yang dihiris nipis tadi. Angkat dan toskan. Kemudian dalam minyak yang sama, goreng pula badam cukup sekadar kekuningan dan angkat. Goreng pula kismis selama 4-5 saat. Goreng bawang besar sehingga lembut dan diikuti pula pedal dan hati sehingga masak. Teruskan pula dengan menggoreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan toskan.
  3. Dalam minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk halus sehingga naik bau. Masukkan daun pandan, serai dan rempah briyani. Kacau sehingga rempah masak dan pecah minyak.
  4. Masukkan tomato puri, ayam, pedal dan hati, bawang goreng, kismis, badam, air dan susu cair. Masak selama 20-30 minit. Tambahkan sedikit air jika kuah kering. Kacau sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Hidangkan bersama taburan badam, daun ketumbar dan bawang goreng.

Tu tadi resepi ayam kuzi mudah dan simple untuk awak semua. Semoga dengan kami kongsikan resepi ayam kuzi pada awak semua, awak boleh jadi membuat resepi ayam kuzi diatas dengan pandai. Bila anda sudah pandai nak buat resepi ayam kuzi diatas jngan lupa kongsikan pada kawan-kawan awak semua supaya mereka boleh membuat resepi ayam kuzi diatas. Selamat Mencuba !

Pencarian resepi terkini:

  • ayam kuzi simple
  • ayam masak kuzi simple
  • resepi ayam masak kuzi
Resepi Ayam Kuzi Mudah dan Simple | maup | 4.5