resepi ayam mudah

Resepi Ayam Kung Pao Sedap !

Resepi Ayam Kung Pao -Hai Korang ! Berjumpa kembali bersama kami admin resepi ayam mudah yang senantisa berkongsi pelbagai macam jenis resepi ayam mudah dan resepi ayam sedap terkini. Kali ni kami nak kongsikan resepi ayam asal cina ialah resepi ayam kungpao atau resepi ayam kung pao sedap. Resepi ayam kung pao ni sudah tentu anda tahu semuanya cuma dari namanya, Ya resepi ayam kung pao ni berasal dari china tentu bumbu-bumbunya pun menggunakan bumbu ala china. Resepi ayam ni sangat terkenal di China kerana resepi ayam kung pao ni mempunyai rasa yang mat lazat dan mat sedap jadi tak hairan lah bila resepi ayam kung pao ni boleh jadi salh satu resepi kegemaran khalayak ramai.

Ayam Kung Pao

Ayam Kung Pao

Resepi ayam kung pao ni sangat mudah sebenernya, cuma bahan-bahan yang banyak tuk digunakannya. Tapi anda tak perlu pening-pening lagi kerana kami dah siap kan resepi ayam kung pao secara lengkap supaya anda boleh membuat resepi ayam kung pao ni dengan mudah dan menghasilkan masakan dengan rasa yang mat lazat dan sedap. Bagi anda yang sudah mulai tertanya-tanya dengan resepi ayam kung pao ni tak perlu pening lagi kerana kami dah buatkan resepi ayam kung pao dibawah ni. Sudah tak perlu buang-buang masa lagi sila rujuk resepi ayam kung pao China Sedap.

Resepi Ayam Kung Pao Sedap

Bahan-Bahan Yang Digunakan :

  • 300g atau 2 ketul dada ayam, potong kiub
  • 5 biji cili kering, dipotong dua
  • 2 inci halia muda, hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1/2 biji capsicum hijau, dipotong sederhana kecil
  • 1/3 biji karot, hiris nipis
  • 1/2 biji bawang besar holand, potong dadu
  • 2 sudu besar kacang tanah, yang dipangang atau goreng tanpa minyak ATAU 1/2 mangkuk kecil biji gajus (lagi sedap kalau guna gajus)
  • sedikit daun bawang, potong 1 inci panjang
  • 1/2 mangkuk kecil minyak masak
Bahan untuk perapan:
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2-3 sudu besar kicap cair
Bahan untuk sos:
  • 2 sudu besar kicap pekat berkaramel (boleh ganti dengan kicap pekat manis)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu teh gula
  • 3 sudu besar air

Cara Penyediaan:

  1. Perap ayam dengan bahan perapan selama 30 minit.
  2. Goreng kacang dengan minyak sehingga masak. Ketepikan.
  3. Goreng ayam dalam minyak yang sama sehingga ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  4. Keluarkan lebihan minyak, biarkan anggaran 3 sudu minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga naik bau.
  5. Masukkan ayam, capsicum hijau, karot, dan kacang tanah atau gajus. Kacau selama 1 minit dan masukkan bancuhan sos. Kacau sebati dan masukkan bawang holland beserta sedikit air supaya sedikit berkuah. Kacau lagi selama 1-2 minit di atas api yang besar. Angkat dan hiaskan dengan daun bawang.

Tips

  • Jangan goreng ayam terlalu lama kerana ayam akan menjadi keras dan kering.
  • Jika agak kering masukkan sedikit air supaya berkuah.

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Sedap !

Sekian kami kongsikan resepi ayam kung pao ni semoga dengan kami kongsikan resepi ayam kung pao ni anda boleh membuat resepi ayam kung pao china ni dengan lazat dan sedap. Jangan lupa kongsikan pada kawan-kawan anda atau sanak sodara anda semua. Selamat Mencuba !

Resepi Ayam Kung Pao Sedap ! | maup | 4.5