resepi ayam mudah

Resepi Ayam Buttermilk Sedap !

Resepi Ayam Buttermilk – Assalamu’alaikum dan salam sejahtera berjumpa kembali bersama kami admin resepi ayam mudah dan resepi ayam sedap terkini. Kali ni kami nak kongsikan resepi ayam lagi, yang nak kami kongsikan kali ni ialah resepi ayam buttermilk sedap. Ayam buttermilk ni ialah salah satu resepi ayam yang menjadi kegemeran khalayak ramai.  Resepi Ayam Buttermilk yang sungguh sedap dan anak-anak pasti suka. Cara nak buat pun agak mudah dan tidak memerlukan banyak bahan yang rumit. Sesuai jika digunakan ayam bahagian dada atau isi, tetapi boleh juga nak gunakan bahagian tulang yang lain. Ayam perlu digoreng dulu bersama salutan tepung kemudian dimasukkan ke dalam kuah buttermilk. Rasanya, lemak, manis masin secukup rasa dan haruman dari daun kari sangat memikat selera.

Ayam Buttermilk Sedap

Ayam Buttermilk Sedap

Resepi ayam buttermilk ni sangat lah mudah tuk dibuatnya kerana tak guna bahan-bahan yang sulit tuk dicari dan cara memasaknya pun tak butuh skill khusus tuk buatnya. Resepi ayam buttermilk ni dalam bahan-bahannya yang penting guna butter and milk. Kami kongsikan resepi ayam buttermilk ni kerana kami tahu rasa dari ayam buttermilk ni sangat lah lazat dan sedap, kerana hal tu kami kongsikan resepi ayam buttermilk pada anda semua. Bagi anda yang sudah tak sabar dan sudah mulai tertanya-tanya dengan resepi ayam buttermilk tak perlu pusing-pusing lagi cari di google kerana kami dah menyediakan resepi ayam buttermilk tuk anda semua dibawah. Sila rujuk resepi ayam buttermilk sedap dibawah ni.

Resepi Ayam Buttermilk Sedap

Bahan-Bahan Yang Digunakan :

 

  • 2 ketul besar ayam, bahagian dada
  • 1/2 tin susu cair
  • 3 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
  • 4 sudu besar mentega
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 biji cili padi

Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam :

  • 2-3 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

Cara Membuat Resepi Ayam Buttermilk Sedap :

  1. Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
  2. Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
  3. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
  4. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Cara-Cara Untuk Resepi Ayam Buttermilk:
  1. Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
  2. Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
  3. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Notes :

  • Kalau tak mahu pedas, jangan masukkan cili. Dan kalau anda mahu cara yang mudah dan cepat untuk penyediaan ayam goreng, boleh juga gunakan tepung goreng serbaguna yang sedia ada di pasaran.

Baca Juga : Resepi Ayam Pandan Thai Sedap !

Bagaimana mudah kan resepi ayam buttermilk diatas ? Sudah tentu mudah kan ? Kerana kami kongsikan resepi ayam buttermilk step by step tuk anda lebih mudah memahami resepi ayam buttermilk ni. Jangan lupa bila anda dah pandai buat respei ayam buttermilk ni kongsikan pada kawan-kawan atau pun sanak sodara anda. Selamat Mencuba !

 

Resepi Ayam Buttermilk Sedap ! | maup | 4.5